Diuji Positif COVID-19, Laporan Bedah Siasat Dakwa George Floyd Maut Disebabkan Serangan Jantung

Hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas George Floyd mengesahkan bahawa mendiang meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi serangan jantung.

Laporan yang dikeluarkan oleh Hennepin County itu juga menambah bahawa Floyd diuji positif wabak koronavirus COVID-19.

Diagnosis akhir mengatakan bahawa lelaki 46 tahun itu tidak memberikan apa-apa respons semasa ditindih oleh pegawai penguatkuasa dan mendapatkan rawatan perubatan kecemasan di situ dan kemudian di Jabatan Kecemasan Hennepin HealthCare (HHC), tetapi tidak berjaya diselamatkan.

Ini berlaku setelah bedah siasat yang diminta oleh keluarga George Floyd mendapati bahawa dia dibunuh dengan kehilangan oksigen yang disebabkan oleh tekanan pada leher sehingga menyebabkan kekurangan aliran darah ke otak.

Laporan bedah siasat itu telah didedahkan oleh Peguam, Ben Crump dan penasihat bersama, Antonio Romanucci.

Pasukan undang-undang itu melantik Dr. Michael Baden dan Dr. Allecia Wilson untuk menjalankan bedah siasat secara bebas berikutan kematian Floyd pada minggu lalu.

Kematiannya telah mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh dunia.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan George Floyd, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca