Diuar-uarkan Sebagai Singa, Rupanya Yang Ada Dalam Sangkar Zoo China Adalah Anjing

Baru-baru ini, sebuah zoo di Xichang, China menjadi tular selepas pengunjung mendapati bahawa terdapat sesuatu yang luarbiasa dalam kandang singa Afrika.

Seorang pengunjung bernama Tang mengongsikan video yang memaparkan papan tanda berdekatan dengan sangkar berkenaan.

Dalam video tersebut, Tang kemudian menunjukkan haiwan yang terletak dalam sangkar tersebut. Haiwan tersebut merupakan anjing baka Golden Retriever.

Selepas video tersebut tersebar luas di media sosial China, Zoo Yuanjiashan menjelaskan bahawa ia adalah satu kesilapan.

Menurut media, seorang pekerja memberitahu Tang bahawa singa berkenaan sudah dipindahkan di tempat lain dan papan tanda tersebut belum sempat diubah.

Tang, walau bagaimanapun tidak dapat menjumpai singa di merata zoo tersebut dan laporan Global Times mendedahkan bahawa anjing dalam kandang tersebut merupakan haiwan peliharaan pemilik zoo itu.

Pihak zoo sudah memohon maaf dan menyatakan bahawa mereka kini sudahpun meletakkan singa dalam zoo berkenaan.

Untuk baca penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca