Dituduh Penyebab Makkah ‘Lockdown’, Muhammad Sajjad Naik Angin

Seperti yang anda sedia maklum, isu berkaitan usahawan Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad yang berpakaian seperti wanita hangat diperkatakan sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, usahawan tersebut telah naik angin akibat terdapat individu yang cuba mengaitkan kedatangannya ke Makkah baru-baru ini telah menjadi penyebab tanah suci itu tidak mempunyai pengunjung.

Menerusi laporan Lobak Merah, Nur Sajat telah memuat naik Instagram Stories yang meluahkan rasa marahnya terhadap individu tersebut.

Nur Sajat sekaligus meminta invidu terbabit mengemukakan bukti yang kukuh yang mengatakan tindakannya memegang kaabah telah menyebabkan berlakunya penyebaran wabak COVID-19.

“Rasa nak jumpa ustaz yang mengata aku! Apa masalah ustaz ni? Rasanya lockdown (Perintah Kawalan Pergerakan) ni bukan di Makkah je kena! Malah satu dunia!” kata Nur Sajat.

Individu yang dirujuk sebagai ‘ustaz’ itu telah digesa untuk memberikan bukti yang kukuh yang mengatakan dirinya menyentuh kaabah menjadi punca Makkah tidak boleh dimasuki.

Bagaimanapun, Nur Sajat telah menentang sekeras-kerasnya kenyataan individu terbabit dengan menyatakan bahawa dirinya bukan punca penyebaran wabak COVID-19.

Untuk membaca artikel berkaitan Nur Sajat, klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca