Dituduh Dera Isteri, Johnny Depp Kalah Dalam Kes Saman Fitnah

Aktor ternama Hollywood, Johnny Depp terpaksa akur apabila beliau tewas kes fitnah terhadap akhbar The Sun dan editor eksekutif Dan Wootton menerusi satu pertempuran undang-undang yang panjang.

Kesannya, pelakon Lord of the Rings itu kini perlu membayar ganti rugi dalam bentuk kos undang-undang kepada News Group Newspapers.

Hakim Andrew Nicol menjelaskan dalam keputusan mahkamah bahawa Depp telah “menunjukkan unsur-unsur yang diperlukan untuk kes fitnah” tetapi tertuduh juga telah menunjukkan “apa yang mereka (The Sun) terbitkan dalam maksud perkataan tersebut ialah benar.”

Fakta kes

Amber Heard. Sumber: Astro Awani

Bagi yang masih keliru, kes ini berkisar tentang kebenaran atau fitnah di sebalik sebuah artikel yang telah diterbitkan dalam akhbar The Sun yang memanggil Depp dengan gelaran pendera isteri.

Pihak mahkamah juga telah membuat keputusan berdasarkan prinsip balance of probabilities iaitu satu standard pembuktian dalam kes sivil. Pihak The Sun sebelum ini mendakwa telah melihat ‘bukti yang luar biasa’ bahawa Depp memukul isterinya ketika itu iaitu Amber Heard.

Tuduhan itu bagaimanapun telah disangkal oleh aktor berkenaan. Depp dan Heard kemudiannya diberi peluang untuk memberikan bukti perbicaraan selama 16 hari di mana ia akhirnya membuka setiap rahsia tentang hubungan mereka.

Kenyataan peguam

“Apa yang penting bagi Depp ialah beliau perlu membersihkan namanya daripada tuduhan-tuduhan buruk ini. Apabila saya berkata bahawa beliau telah kehilangan semuanya, ia bermaksud reputasinya. Ini bukan masalah wang tetapi kebenaran,” jelas peguam Depp.

Sasha Wass iaitu peguam News Group Newspapers memberitahu mahkamah bahawa Depp telah menganiaya isterinya secara teratur dan sistematik dengan berkata, “Ciri-ciri bahawa Depp ialah seorang pemukul isteri adalah benar.”

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet yang mengikuti rapat kes ini tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah:

Dalam pada itu, Depp dilaporkan akan memfailkan petisyen rayuan terhadap keputusan mahkamah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca