Dituduh Curangi Isteri, Hafidz Roshdi Kongsi Gambar Mesra Dengan Isteri

Semalam, nama pelakon Hafidz Roshdi menjadi hangat dipetik oleh netizen kerana dituduh curang terhadap isterinya.

Kenyataan media bertulis seorang aktor lelaki berwatak ‘alim’ yang menghantar mesej lucah kepada wanita lain dan perbuatan itu diketahui oleh isterinya.

Sumber: Berita Harian

Selain itu, pelakon berkenaan juga menghapuskan gambar dengan isterinya di Intagram dan hanya gambar bersama dua anak mereka sahaja di laman sosial.

Berdasarkan klu-klu yang diberikan, netizen menuduh pelakon kacak Hafidz Roshdi, 29 ialah individu yang dinyatakan dalam laporan media tersebut.

Oleh hal demikian, peminat tidak berpuas hati dan mengecam Hafidz tentang isu tersebut. Ada juga meninggalkan pelbagai komen posting terakhirnya di Instagram.

Namun, Hafidz tidak melatah dengan isu yang dikaitkan dengan dirinya sebaliknya mahu menafikan dakwaan yang melanda dirinya.

Hafidz telah memuat naik gambar berpeluk dengan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri di Instagram Storynya semalam.

Menerusi gambat tersebut, Hafidz dilihat memeluk isterinya yang berlatarkan suasana sebuah pusat beli-belah.

Sumber: Instagram Story @Hafidz.roshdi

Kelihatan pasangan suami isteri itu tersenyum seolah-olah tiada apa yang sedang berlaku antara mereka. Malah Hafidz meletakkan latar belakang lagu Fitnah oleh Ical Mosh untuk menjelaskan tuduhan itu ialah tidak berasas.

Untuk pengetahuan, Hafidz dan Shuhada telah mendirikan rumah tanggan pada 2016 dan mereka dikurnikan dua cahaya mata bernama Humairah dan Umar.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca