Ditolak, Dicakar Dan Ditampar, Bekas Isteri Dai’ Farhan Bongkar Kisah ‘Penderaan’ Sebenar

Ditolak, dicakar dan ditampar. Itu dakwaan bekas isteri Da’i Farhan, Fatin Nurul Ain Mat Aris, 30, yang membuat laporan polis berhubung tindakan bekas suaminya itu.

Kejadian itu berlaku di rumah mereka di Taman Bukit Indah, Ampang kira-kira 3 pagi pada 22 November lalu sebelum laporan polis dibuat pada Sabtu lalu.

Difahamkan bahawa Farhan, 29, mengejutkan Fatin selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan mesej antara bekas isterinya dengan ahli keluarga.

Menurut laporan polis dibuat oleh mangsa, pendakwah itu didakwa telah menolak wanita berkenaan sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Pelaku juga didakwa mencengkam pergelangan tangan mangsa sehingga timbul kesan calar pada tangan kiri wanita itu,” kata Fatin.

Tidak cukup dengan itu, Da’i Farhan juga dikatakan sempat menepuk belakang badan wanita terbabit sebelum menampar pipinya.

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang sarat mengandung mengalami sakit pinggang akibat terjatuh selepas ditolak oleh lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Terdahulu, Farhan ada memuat naik status di Instagram yang menceritakan mengenai peristiwa yang berlaku pada hari kejadian.

Dalam posting itu, segala-galanya bermula selepas dia mengambil telefon bimbit Fatin. Bagaimanapun, bekas isterinya itu mengamuk dan memukul pintu bilik selama 15 minit.

Dia juga mendakwa laporan polis yang dibuat oleh bekas isterinya adalah satu penipuan dan memaklumkan mempunyai semua bukti yang akan dikemukakan di mahkamah nanti.

Bagaimanapun, semakan mendapati status dimuat naiknya itu, telahpun dipadam pagi tadi.

Sebelum ini, Farhan menafikan tuduhan dia memukul dan mengurung bekas isterinya seperti didakwa oleh seorang wanita bernama Asiah.

Dalam catatan Facebook, Asiah menyatakan bahawa juara rancangan realiti dakwah musim kedua itu telah mencederakan bekas isterinya.

Pada 26 November lalu, isu rumah tangga mereka mendapat perhatian apabila seorang individu bernama Ches Al-Maliki, rakan baik Fatin berkongsi surat terbuka mendedahkan pendakwah itu berkahwin dengan seorang janda anak lapan tanpa pengetahuan isteri pertama.

Namun, Farhan tampil menafikan dakwaan itu malah mengatakan Ches berdendam dan tidak dapat menerima hakikat isterinya reda hidup bermadu.

Pada 28 November lalu, Farhan mendedahkan sudah membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah di media sosial. Dan ingin memberi pengajaran agar warganet menggunakan media sosial dengan berhemah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca