Ditipu Bomoh Online, Pengasuh Ini Rugi Lebih RM31,000

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Seorang wanita yang bekerja sebagai pengasuh telah mengalami kerugian sebanyak RM31,451 selepas terpedaya dengan bomoh yang dikenalinya melalui Facebook.

Bomoh berkenaan merupakan seorang lelaki berasal dari Indonesia dan mangsa sering berkongsi masalah hidupnya dengan teman lelaki kepada bomoh tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias mengesahkan wanita itu mula berkenalan dengan bomoh yang menggelarkan dirinya sebagai Ustaz Mangkubono pada 24 April yang lalu.

Mangsa turut memberitahu bahawa dia menghidap penyakit sawan dan kemurungan yang berpanjangan.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: mStar

Hasil dari perkongsian itu, bomoh tersebut ingin membuat upacara ritual untuk menyembuh penyakit yang mangsa alami dengan lebih cepat.

Mangsa terpedaya dengan kata-kata bomoh tersebut apabila diyakinkan dengan keberkesanan kaedah perubatan yang akan digunakan.

Menurut Muhamad Rizal lagi, mangsa telah melakukan tujuh transaksi wang ke akaun bank penama Leni Taryati dari 24 April hingga 26 April yang berjumlah RM23,451.

Kemudian pada 26 April mangsa membuat transaksi kelapan kepada akaun penama Lim Siew Chian RM8,000.

Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca