Ditinggal Sewaktu Bayi, Lelaki Ini Masih Hargai Ibu Bapa Kandung

Jonathan Lancaster sejak lahir lagi mempunyai genetik jarang berlaku yang dipanggil sindrom Treacher Collins.

Sumber: inspiremore

Mengikut laporan dari UPM, sindrom ini terjadi disebabkan gangguan genetik yang mempengaruhi perkembangan tulang dan jaringan lain pada wajah. Selalunya bayi dilahirkan dengan cacat pada telinga, kelopak mata, tulang pipi atau tulang rahang.

Ibu bapa Jonathan Lancaster berkahwin ketika masing-masing berusia dalam lingkuan 20-an.

Kurang 2 hari selepas Jonathan dilahirkan, ibu bapa kandung Jonathan meletakkannya di pusat jagaan kanak-kanak.

Sumber: The Economic Times

Ibu bapa Jonathan tidak mahu menjaganya kerana berasa gerun melihat rupa paras anak mereka sendiri.

Semasa Jonathan berusia 5 tahun, Jonathan telah diambil sebagai anak angkat oleh seorang wanita bernama Jean.

Sumber: inspiremore

Jean menjaga Jonathan dengan penuh kasih sayang dan memberikan segala keperluan asas yang cukup supaya Jonathan dapat membesar dengan baik.

Kini Jonathan sudah berusia 30-an dan walaupun dari bayi lagi telah dibuang keluarga tetapi dia menyatakan yang dia masih hargai kedua-dua ibu bapanya.

Sumber: insider

Hal ini kerana Jonathan bersyukur kerana diberikan peluang hidup dan dapat membantu orang lain yang turut menghadapi masalah sama seperti dirinya sendiri.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca