Ditengking Pempengaruh Depan Orang Ramai Demi Konten, Ini Respons Nadia Brian

Apa perasaan anda sekiranya tiba-tiba dimarahi orang yang tidak dikenali tanpa sebab dan individu itu merakam insiden berkenaan untuk dijadikan konten tanpa pengetahuan anda?

Itulah apa yang berlaku kepada Nadia Brian apabila dia meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang pempengaruh dan ahli perniagaan pakaian yang bertindak menengking dan marah pelakon itu di hadapan orang awam.

Sumber: Instagram @nadia.brian

Menerusi hantaran di TikTok, pelakon Akulah Balqis itu berkata bahawa dia berasa sangat sedih apabila ditengking dan dimalukan di hadapan orang ramai ketika menyertai sebuah karnival di Johor.

“Ramai yang tanya Nadia apa jadi. Inilah yang terjadi. Nadia rasa sangat sedih dipergunakan seperti ini. Dirakam dan dimuat naik di media sosial tanpa pengetahuan Nadia.

Nadia cuba untuk kawal perasaan dan respect dia sebagai orang yang lebih berumur daripada saya pada waktu itu tetapi tidak sangka pula boleh post (video itu).

Nadia tidak tahu ada kamera semasa kejadian. Janganlah rasa bila kita ada duit kita boleh buat macam-macam dekat orang sampai hilang adab. Nadia pergi ke event untuk mencari rezeki sampai hilang suara menjual tetapi tidak sangka penat lelah ini digunakan seperti ini,” ujarnya.

Menerusi video lain di TikTok, Nadia berkata tindakan pempengaruh itu melampau dan memalukan dirinya apabila dia tiba-tiba ditengking di hadapan orang ramai hanya kerana tidak mengenali usahawan itu. Aktres itu juga berkata bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perbuatan tersebut.

Permohonan maaf terbuka usahawan berkenaan

Sumber: Instagram @nadia.brian

Sementara itu, usahawan berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Nadia.

“Kepada Nadia Ibrahim (Brian), kalau pasal video yang saya uploadkan dekat TikTok itu yang budak-budak (pekerja) saya uploadkan, kalau benda itu memalukan Nadia, saya minta maaf.

Jauh di sudut hati saya, tak ada niat pun nak memalukan ke sebab saya pun peminat Nadia dengan lakonan-lakonan awak yang sangat hidup.

Bila saya dapat nampak awak yang live dan begitu cantik, saya sangat teruja dan tidak tahu pula yang budak content creator saya ambil video dan tiba-tiba benda itu viral.

Baru tadi saya nampak itu pun setelah diberitahu kepada staf semasa mereka ada buat siaran langsung. Saya minta maaf sangat kalau benda itu menyinggung hati awak. Maafkan saya,” ujarnya.

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca