Ditemui Tanpa Seurat Benang, Ini Beberapa Persoalan Mengenai Kematian Nora Anne Yang Masih Belum Terjawab

Penemuan mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin pada hari ke-10 kehilangannya sememangnya menggemparkan seluruh negara. Meskipun kes kehilangan ini sudah pun menemui titik noktah, namun terdapat beberapa persoalan yang masih menyelubungi benak fikiran semua pihak.

Pasukan SAR terlepas pandang?

Menurut laporan Astro Awani, pasukan SAR sebelum ini sebenarnya sudah pun cuba menjejaki mangsa di lokasi mayat Nora ditemui semalam. Persoalannya, adakah pasukan SAR terlepas pandang? Ia agak mustahil memandangkan mereka dikatakan mencari dengan cukup teliti. Ada juga yang berteka-teki bahawa mungkinkah terdapat unsur jenayah dan mayat Nora dibuang di situ?

Bagaimana Nora boleh sampai ke kawasan air terjun dengan keadaan sedemikian?

Berdasarkan laporan media tempatan sebelum ini, Nora dipercayai mengalami masalah holoprosencephaly atau kita sering sebut sebagai lembam di mana ia membuatkannya susah untuk berjalan dan mengimbangkan badan. Penemuan mayat Nora di kawasan yang memerlukannya melalui trek yang berbukit dan sukar didaki ternyata menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi.

Mana perginya pakaian dalam Nora?

Difahamkan, sewaktu Nora dilaporkan hilang sekitar jam 8 pagi pada Ahad, keluarga mangsa mengatakan bahawa anak mereka mungkin hanya berpakaian dalam. Namun begitu, menurut pihak polis, mayat Nora ditemui tanpa seurat benang.

Adakah Nora cedera?

Buat masa ini, pihak polis masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung keadaan mayat Nora sewaktu ditemui.

Semoga kesemua persoalan di atas terjawab dalam masa terdekat. Team Lejen Press Digital mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Nora Anne Quoirin.

Artikel Lain Untuk Di Baca