Ditemui Dalam Keadaan Kaku, Murid Tahfiz Ini Berkemungkinan Dipukul Sehingga Mati

Seorang murid pusat tahfiz di Lancang maut dipercayai dipukul selepas ditemui dalam keadaan lemah dan kesan lebam pada badan di asramanya semalam.

Mangsa lelaki yang berusia 7 tahun itu ditemui wardennya kira-kira jam 1 tengah hari dan dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia di klinik terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, mangsa mula belajar di pusat tahfiz bersama abang tirinya pada pertengahan Oktober lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pusat terbabit adalah sebuah rumah binaan batu yang dijadikan asrama tahfiz dan tidak mempunyai lesen daripada Jabatan Agama Islam Pahang setelah beroperasi sejak Januari tahun ini.

“Pusat tahfiz mempunyai empat murid lelaki termasuk mangsa dan pemeriksaan fizikal awal mendapati terdapat kesan lebam pada tubuh mangsa.”

“Atas maklumat berkenaan kejadian ini, tangkapan dibuat ke atas tiga pelajar yang lain berusia 13 tahun bagi tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, satu bedah siasat akan dijalankan oleh pakar perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Termeloh hari ini.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca