Ditemui Dalam Keadaan Bogel, Penyelamat Haiwan Ini Mati Dipukul Kayu Berpaku Oleh Seorang Remaja Perempuan

Seorang penyelamat haiwan terkenal ditemui mati dalam keadaan bogel dan terikat di katil rumahnya dengan kecederaan di kepala dan kesan kelar di dada.

Albert Chernoff, seorang veteran Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) telah dibunuh oleh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun. Remaja terbabit didakwa mengikat dan memukul mangsa sehingga mati.

Menurut polis, Albert yang dikenali sebagai Alley Cat bekerja sebagai penyelamat haiwan terkenal di Pennsylvania itu dipercayai dipukul hingga mati dengan kayu berpaku.

Suspek, Ajahnae Smaugh, 14, kelihatan berkeliaran di rumah Albert dalam rakaman kamera litar bertutup (CCTV).

Remaja berkenaan dilihat berjalan melalui ruang tamu dan kawasan dapur. Dia kemudian menggunakan sinki untuk mencuci tangan dan membuka peti sejuk sebelum keluar menggunakan pintu hadapan.

Kucing milik Chernoff juga kelihatan dalam rakaman tersebut.

Polis pada awalnya tidak dapat memastikan jantina dan umur suspek dalam rakaman tersebut dan menawarkan ganjaran AS20,000 (RM83,000) untuk maklumat berkaitan kes terbabit. Namun, gadis itu telah menyerah diri bersama ibu dan dua peguamnya.

Menurut Jurucakap Peguam daerah Philadelphia, Jane Roh, mereka belum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan perbicaraan di mahkamah remaja atau mahkamah dewasa untuk kes pembunuhan kejam itu.

Howard Taylor, salah seorang peguamnya memberitahu CNN bahawa suspek merupakan ‘gadis yang bermasalah’.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca