Search
Close this search box.

Ditempatkan Di Lokap Wanita, Lucinta Luna Diakui Perempuan Sejak Tahun Lalu

Baru-baru ini, penangkapan seorang penyanyi dangdut dari negara seberang iaitu Lucinta Luna kerana kes penyalahgunaan dadah menjadi bualan warganet.

Mana tidaknya, pihak berkuasa republik itu menjadi buntu sama ada mahu menempatkan penyanyi tersebut di penjara lelaki ataupun wanita berikutan keraguan status jantinanya sebelum ini.

Lucinta akhirnya dimasukkan ke lokap wanita selepas pihak polis mendedahkan jantina sebenar selebriti yang ditahan pada Selasa lalu itu merupakan seorang wanita.

Memetik laporan Harian Metro, Pengadilan Negeri Jakarta Selatan itu telah membenarkan permohonan penukaran jantina selebriti tersebut pada tahun lalu.

Kepala Bidang Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Komisaris Besar Polis, Yusri Yunus turut mengesahkan perkara itu di Balai Polis Metro Jakarta Barat pada hari Khamis (13 Februari).

Menurutnya, “Lucinta Luna sudah diakui sebagai seorang perempuan sejak Disember 2019.”

Dalam pada itu, Luna ataupun nama sebenarnya, Muhammad Fatah itu ditahan di pangsapurinya pada hari Selasa lalu di Thamrin City, Jakarta Pusat pada jam 1.30 pagi. Pil ekstasi turut ditemui di pangsapurinya.

Selain daripada Luna, tiga orang lagi rakannya termasuk seorang wanita dan pasangan suami isteri serta ‘teman lelakinya’ yang kemudiannya disahkan polis adalah seorang wanita turut diberkas pada hari tersebut.

Sebelum ini, Luna pernah merakamkan lagu bersama jutawan kosmetik dari Malaysia, Dato’ Sri Aliff Syukri dan Nur Sajat menerusi lagu Bobo Di Mana.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti antarabangsa, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca