Ditembak Polis, Juara Jiu Jitsu Brazil Temui Ajal

Juara dunia Jiu Jitsu Brazil telah temui ajal selepas ditembak di kepala oleh pegawai polis di sebuah kelab malam.

Leandro Lo Pereira do Nascimento atau lebih dikenali sebagai Leandro Lo ditembak kerana terlibat dengan pergaduhan di kelab malam yang berada di Sao Paulo.

Berita kematiannya ini sudah pastinya mengejutkan ramai orang terutamanya mereka yang terlibat dalam dunia seni mempertahankan diri campuran.

Memetik laporan MailOnline, mangsa terus dikejarkan ke hospital Dr. Arthur Ribeiro de Saboy.

Sumber: MMA Mania

Namun keadaanya yang kritikal kerana mati otak membuatkan Leandro Lo tidak dapat diselamatkan.

Menurut laporan polis, seorang saksi melihat pegawai polis yang bernama Henrique Otávio Oliveira Velozo mengambil botol dari meja mangsa.

Suspek dipercayai mabuk dan mengancam Leandro Lo dengan botol kaca tersebut.

Sumber: Al-Jazeera

Hal ini membuatkan Leandro Lo bertindak mengunci pergerakan suspek sebelum menyuruhnya pergi.

Bagaimanapun sebaik sahaja mereka dipisahkan, suspek mengeluarkan pistol lalu menembak dahi Leandro Lo.

Pihak polis kini giat menjalani siasatan dan memburu suspek yang telah lari dari tempat kejadian.

Mangsa merupakan juara dunia jiu jitsu yang paling berjaya sepanjang zaman kerana pernah memenangi lapan kali Kejohanan Dunia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca