Ditembak Di Perut Dan Kepala, Wanita Hamil Maut Ketika Buka Hadiah

ditembak-di-perut-dan-kepala-wanita-hamil-maut-ketika-buka-hadiah

Seorang wanita hamil dilaporkan maut pada malam Sabtu lalu di rumahnya, Philadelphia, Amerika Syarikat, sewaktu dia sedang membuka hadiah pemberian di majlis ‘baby shower

Menurut pihak berkuasa, wanita berusia 32 tahun itu dikatakan ditembak di bahagian kepala dan juga perut, memetik laporan abc NEWS.

Pihak kuasa juga turut menyatakan bahawa wanita berkenaan seolah-olah sudah lama menjadi sasaran.

Sumber: abc News

“Orang yang melakukan ini sangat pengecut,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Chrsitian Coulter kepada Stesen ABC WPVI di Philadelphia.

“Bandar ini menawarkan ganjaran hampir $50,000 kepada sesiapa yang tampil sebagai saksi dan maklumat berkaitan dengan pesalah yang melakukan tembakan ini,” kata Datuk Bandar, Jim Kenney.

Difahamkan, tembakan ini berlaku sekitar 8:30 malam sebaik sahaja wanita itu pulang daripada ‘baby shower‘ bakal bayi yang akan lahir itu.

Kejadian berlaku ketika wanita hamil itu baru sahaja membuka hadiah pemberian tetamu yang hadir semasa majlis ‘baby shower‘.

Mangsa difahamkan sedang membuka hadiah tersebut di dalam kereta Kia Soul miliknya yang berada di luar rumahnya berhampiran jalan Palmetto.

Pada masa yang sama, pegawai polis yang bertugas meronda dua blok jauh daripada kawasan rumah wanita hamil itu terdengar bunyi tembakan dan bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya pegawai polis di situ, wanita hamil terbabit mengalami luka di bahagian kepala dan perutnya.

“Sekurang-kurang terdapat 11 das peluru yang dijumpai oleh para penyiasat,” kata polis yang bertugas.

“Apabila saya melihat situasi ini, saya rasa seperti ada yang sudah merancang dan menyasarkan sasaran target mereka,” kata Coutler kepada WPVI melalui abc News.

Petugas membawa wanita hamil dengan usia 7 bulan kandungan itu ke Pusat Perubatan Einstein, namun tidak dapat diselamatkan. Wanita dan juga anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia ketika tiba di pusat perubatan tersebut.

“Doktor tidak dapat menyelamatkan wanita hamil itu dan anak kandungannya,” ujar polis bertugas.

“Dengan itu, saya berharap pihak berkuatkuasa di bandar ini melakukan sesuatu, berikutan kes yang baru sahaja berlaku,” kata Tom McDonald jiran kawasan perumahan tersebut kepada WPVI melalui abc News.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca