Ditegur Langgar PKP, Little Miss Khan ‘Kantoi’ Cakap Tinggal Sebumbung Bersama Pasangan?

Adik kepada aktres dan usahawan terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan tidak sengaja mendedahkan dia kini tinggal bersama pasangannya, FD Idzham.

Pendedahan itu dibuat oleh usahawan kosmetik itu semasa menjawab komen di akaun Instagramnya ketika meraikan ulang tahun kelahiran FD Idzham baru-baru ini.

Pendedahan itu sekali gus menjawab spekulasi orang ramai sebelum ini yang mengatakan dirinya sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berkenaan.

Untuk dijadikan cerita, salah seorang pengguna meninggalkan komen yang berbunyi, “Kamu tidak sepatutnya keluar dari rumah kamu. Duduk rumah!”

Ameera sebaliknya membalas komen tersebut dengan berkata, “Tetapi ini adalah rumah kami.”

Sumber: Gempak

Dalam erti kata lain, kenyataan yang dikeluarkan oleh adik kepada Neelofa itu seolah-olah memberikan hint kepada orang ramai bahawa pasangan itu sudah pun sudah memiliki ikatan hubungan yang sah.

Terdahulu, Ameera pernah diasak mengenai status dirinya dan punca dia menghilang selama lapan bulan pada tahun lalu. Walau bagaimanapun, usahawan kosmetik itu tidak mahu mengulas lanjut dengan menganggap apa yang terjadi kepadanya tidak perlu dikongsikan kepada umum.

Sebagai peringatan, tolong patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca