Ditanya Bagaimana Beliau Menghasilkan Novel BABI, Ini Jawapan Penulis Ini

 

Bermula dengan sebuah novel yang kontroversi kerana judulnya iaitu Babi: Bercinta Di Balik Api, Azwar Kamaruzaman kemudiannya keluar dengan beberapa naskhah lagi antaranya Saka (sambungan Babi), Nasi Kangkang dan Sepuluh Jahanam terbitan Lejen Press.

Apabila ditanya bagaimana beliau boleh menghasilkan novel-novelnya, ini jawapan beliau:

1. JADUAL
Buat schedule dan timeline. Ianya penting bagi melancarkan perjalanan penulisan. Maknanya perlu rangka siap-siap.

2. DISIPLIN
1 hari beliau akan menyiapkan 2000 patah perkataan bersamaan dengan satu bab. Maknanya kalau sehari 2000 patah perkataan didarabkan dengan 30 hari maka jumlah keseluruhannya 60,000 patah perkataan.

2000 patah perkataan? Wow! Mana nak cari idea macam tu? Nak taip 300 patah pun dah hilang idea. Inikan pula 2000 patah perkataan sehari. Kan?

Jadi bagaimana Azwar boleh menulis 2000 patah perkataan dalam masa sehari?

Begini caranyanya,

3. IKUT WAKTU SOLAT

Maknanya 400 patah perkataan untuk setiap waktu. So 5 didarabkan dengan 400 jadilah 2000 patah perkataan.

Hah! Amacam?

4. ATUR MASA

Kalau penat sangat, 1000 patah perkataan untuk siang hari dan 1000 patah perkataan untuk malam.

Kuncinya di sini jelas, displin adalah keutamaan.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu bakal penulis di luar sana untuk lebih bersemangat dan konsisten menulis. Sampai suatu hari nanti dikelilingi peminat dan pembaca untuk dapatkan otograf pada novel-novel mereka.

Artikel Lain Untuk Di Baca