Ditanam Hidup-Hidup Oleh Anaknya, Wanita Lumpuh Ini Masih Bernafas Tanpa Makan Dan Minum Selama 3 Hari

Seorang wanita warga emas yang lumpuh ditanam hidup-hidup di dalam sebuah keranda reput selama tiga hari berjaya diselamatkan oleh polis.

Polis Wilayah Shaanxi tiba di lokasi kejadian sejurus selepas menerima laporan yang dibuat oleh menantu wanita berkenaan yang berusia 79 tahun itu.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya mengeluarkan mangsa yang dipenuhi lumpur dan masih lagi bernafas.

Anak lelaki mangsa yang dikenali sebagai Ma masih ditahan polis atas dakwaan cuba membunuh ibunya.

Penyiasat berkata suspek telah meletakkan ibunya di dalam kereta sorong dan membawanya keluar rumah sekitar jam lapan malam pada Sabtu sebelum kembali awal pagi keesokan harinya.

Ma berkata dia mengupah pemandu van untuk membawa ibunya ke rumah saudara mereka ketika ditanya oleh isterinya, Ms Zhang.

Disebabkan rasa curiga terhadap suaminya, Zhang pergi ke balai untuk membuat laporan polis mengenai kehilangan ibu mentuanya.

Pihak berkuasa telah memanggil Ma ke balai bolis dan dia mengakui telah menanam ibunya hidup-hidup dalam sebuah keranda yang reput.

Polis menjejaki lokasi tersebut dan terkejut kerana menemui wanita itu masih bernafas tanpa makan dan minum selama tiga hari.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca