Disyaki Pukul Anak Tiri Sehingga Cedera, Lelaki Ini Bebas Dengan Jaminan Polis

Selepas pendedahan seorang remaja dipukul dan didera bapa tirinya tular di media sosial, pihak polis telah mengambil tindakan dan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Kejadian didakwa berlaku sekitar pukul 11 malam pada 17 Ogos lalu di Parit Buntar di Perak berdasarkan laporan polis yang dibuat remaja perempuan berusia 19 tahun itu.

Majoriti melaporkan suspek yang merupakan bapa tiri mangsa bertindak menampar, menendang dan memukul mangsa beberapa kali sehingga kepalanya terhantuk ke lantai ketika wanita itu sedang bertengkar dengan ibunya.

Mangsa mengalami bengkak dan lebam di beberapa bahagian badan serta dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menerima rawatan.

Sumber: Sinar Harian

Doktor yang membuat pemeriksaan ke atas polis dikatakan terkejut melihat kecederaan yang dialami mangsa. Akibat pukulan berkenaan, remaja berkenaan dipercayai kini sukar makan dan baring kerana kesakitan yang ditanggungnya. Wanita itu turut mengalami masalah penglihatan akibat kecederaan di mata.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kerian iaitu Superintendan Mazuki Mat berkata suspek telah ditahan selepas laporan polis yang dibuat mangsa pada 18 Ogos lalu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, pengadu itu mendakwa mengalami kecederaan kerana dipukul oleh suspek yang merupakan bapa tirinya dalam laporan polis itu.

“Pada 19 September lalu, tular dalam media sosial berkaitan laporan polis beberapa keping gambar seorang perempuan dipercayai dipukul oleh bapa tirinya.

Susulan itu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kerian menerima satu laporan polis yang bertarikh 18 Ogos lalu yang dibuat oleh pengadu.

Pengadu mendakwa mendapat kecederaan akibat dipukul oleh bapa tirinya dan hasil siasatan merupakan bapa tiri kepada mangsa. Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan ketika hadir ke balai polis bagi membantu siasatan.

Kejadian didapati berpunca daripada masalah keluarga. Suspek kini dibebaskan dengan jaminan polis,” ujar Mazuki.

Siasatan kes diteruskan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca