Disyaki Kena Renjatan Elektrik, Wanita Brazil Temui Ajal Ketika Membasuh Baju

Seorang wanita di Brazil ditemui telah meninggal dunia berdekatan dengan mesin basuh rumahnya. Dia disyaki meninggal dunia kerana terkena renjatan elektrik ketika membasuh pakaian.

Ibu kepada seorang anak, Tais de Oliveira Rost, 27, dikatakan berada seorang diri di rumahnya di Rio Grande do Sul ketika tragedi berkenaan berlaku, sebelum dia ditemui oleh teman lelakinya, William Bottega.

Kematian mengejut Tais de Oliveira Rost, pergi meninggalkan seorang anak gadis berusia 4 tahun. Sumber: Daily Star

William kemudiannya memanggil talian kecemasan, namun sudah terlambat kerana mangsa sudahpun meninggal di tempat kejadian.

Kongsinya di Facebook, memberikan penghormatan kepada arwah, “Saya akan sayang awak hari ini dan selamanya, kerana menjadi orang penting yang hadir ke dalam hidup saya.”

Laporan bedah siasat mangsa masih lagi belum dikeluarkan, namun mangsa disyaki meninggal akibat terkena renjatan elektrik daripada mesin basuh semasa dia sedang membasuh pakaian.

Polis Sivil Brazil yang melakukan siasatan mendapati bahawa wayar yang terdedah mungkin menjadi sebab kepada renjatan tersebut.

Menurut Joao Vitorio Barbato, jurucakap polis, wanita tersebut tiada sebarang masalah kesihatan yang mungkin menjadi penyebab kepada kematiannya yang tiba-tiba ini.

Hal ini lantas menjadikan renjatan elektrik sebagai penyebab yang paling utama. Pihak polis berkata, laporan bedah siasat itu kemungkinan akan dikeluarkan dalam masa dua minggu.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca