Disyaki Kasari 2 Bayi Dalam Jagaan, Pengasuh Ini Ditahan Polis

Seorang pengasuh disyaki terlibat dalam mengasari dua orang bayi berusia 11 bulan dan 9 bulan yang berada dalam jagaannya telah ditahan polis di Johor Bahru, Johor.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Johor iaitu Datuk Kamarul Zaman Mamat menjelaskan wanita berusia 21 tahun itu telah ditahan di Bandar Selesa Jaya, Skudai pada pukul dua pagi tadi.

“Semalam polis telah mengesan dua video tular berdurasi 48 dan 39 saat menunjukkan seorang wanita mengasari dua bayi masing-masing seorang perempuan berusia 11 bulan dan seorang lelaki berusia sembilan bulan.

Siasatan mendapati kejadian itu berlaku di sebuah taska yang beroperasi di kawasan Mutiara Rini, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Sepasukan pegawai dan anggota polis telah berjaya menahan suspek pada pukul 2 pagi ini,” ujar Kamarul.

Sumber: Utusan Malaysia

Menurut Kamarul lagi, kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (16 Mei). Kamarul turut berkata taska itu juga telah didapati beroperasi tanpa lesen.

Pihak polis mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan kes itu dan orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat menerusi talian 019-882 2403.

Buat anda yang masih keliru, salah satu rakaman video yang tular memaparkan suspek mengangkat bayi pada ketinggian sederhana sebelum kanak-kanak itu dilepaskan beberapa kali dipercayai geram kerana mangsa yang menangis berterusan.

Dalam video kedua pula, suspek dilihat menepuk kepala seorang bayi beberapa kali selain turut meniup muka mangsa. Pada pendapat anda, apakah hukuman yang paling sesuai untuk wanita berkenaan sekiranya dia didapati bersalah?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca