Disyaki Dijangkiti Koronavirus, Ibu Ini Bagaimanapun Selamat Lahirkan Bayi

Meskipun disyaki dijangkiti wabak Koronavirus, seorang ibu selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Wuhan, China.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Ostetrik dan Ginekologi Wuhan Union Hospital, Zhao Yin, kesihatan ibu muda berusia 27 tahun itu semakin merosot mengakibatkan kelahiran anaknya terpaksa dilakukan melalui pembedahan.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan pula, wanita itu tidak mendapatkan rawatan yang sempurna ketika bayinya masih berada dalam kandungan.

Jelas Zhao Yin lagi, pembedahan berkenaan mempunyai risiko yang tinggi susulan ibu berkenaan mengalami demam dan batuk yang berterusan.

“Pasukan kami memakai dua lapis sut perlindungan, penutup mulut dan gogal ketika melakukan pembedahan berkenaan yang berlanjutan selama satu jam,” katanya.

Terdapat pelbagai rintangan saat memakai sut perlindungan dua lapis itu. Antaranya, doktor berkenaan menghadapi kesukaran untuk melihat dan mendengar selain mereka turut bermandi peluh.

Difahamkan, ibu berkenaan yang dikenali sebagai Xiaoyan dipercayai dijangkiti virus berbahaya berkenaan ketika kandungannya mencecah usia 37 minggu pada awal Januari lalu.

Sejurus dilahirkan, bayi Xiaoyan yang seberat 3.1 kilogram itu segera dihantar pulang ke rumah demi mengelakkannya terkena jangkitan Koronavirus.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan China mengesahkan jumlah kes jangkitan akibat wabak Koronavirus kini mencecah 7,158 dengan 170 kematian.

Peningkatan itu sekali gus menjadikan keseluruhan jumlah kes jangkitan di seluruh dunia mencecah 7,251.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak Koronavirus, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca