Disyaki Bunuh 8 Individu, Remaja Usia 14 Tahun Ditangkap

*Gambar di atas sekadar hiasan.

Pihak berkuasa Mexico telah menahan seorang remaja lelaki yang berusia 14 tahun kerana disyaki membunuh 8 orang berkaitan dadah berhampiran Bandar Raya Mexico.

Remaja itu dikenali sebagai ‘El Chapito’ melepaskan tembakan ketika menunggang motosikal ke arah sebuah keluarga di pinggir Bandar Raya Mexico yang berpendapatan rendah di Chimalhuacan.

Sumber: The Epoch Times

*Gambar di atas sekadar hiasan.

Pada waktu serangan berlaku,mangsa sedang mengadakan parti hari jadi di rumah yang melibatkan 5 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak yang tercedera akibat tembakan itu.

Nama suspek tidak didedahkan tetapi dengan gelaran ‘Little Chapo’ telah memberikan rujukan yang jelas kepada nama Joaquin “El Chapo” Guzman iaitu bekas raja dadah di Mexico.

Sumber: Los Angeles Time

Seorang lagi lelaki turut ditahan dalam pembunuhan dan tujuh lagi anggota kumpulan itu telah ditangkap atas tuduhan dadah.

Motif pembunuhan  masih belum dikeluarkan kepada umum. Namun begitu, kumpulan pengedar dadah di Mexico itu kerap kali terlibat dalam penculikan serta pembunuhan kontrak.

Malah mereka juga sering membunuh saingan yang menjual dadah di kawasan mereka.

Sumber: Miami County Bugle Caller

*Gambar di atas sekadar hiasan.

Negara ketiga terbesar di Amerika Latin itu tidak asing dengan penjenayah kanak-kanak.

Pada tahun 2010, askar menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang digelar ‘El Ponchis’ yang mendakwa dia diculik pada usia 11 tahun dan dipaksa memasuki kumpulan kartel dadah Mexico yang bernama Beltran Leyva.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca