Disuruh Buka Tudung Dan Tayang Lutut, Yuna Dedah Kisah Zaman Awal Kemunculan

Penyanyi terkenal Malaysia dan antarabangsa, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai mendedahkan bahawa dia pernah disuruh untuk membuka hijab oleh segelintir pihak sewaktu dia mula menceburi pentas ini.

Perkara tersebut dikongsi oleh Yuna menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya pada Sabtu.

Menurut penyanyi berusia 33 tahun itu, dia pernah disuruh untuk membuka tudung sekiranya mahu bernaung di bawah satu syarikat rakaman. Namun begitu, penyanyi yang terkenal menerusi laju berjudul Crush ini tidak menghiraukan permintaan itu.

View this post on Instagram

I remember the first year I tried out wearing the hijab before committing to it I was 20 maybe. I was like – lets see how it goes! It wasn’t until when I walked into meetings and men in suits asking me to take my hijab off if I wanted to sign with the label- it wasn’t until when this happened when I felt it was important to stay true to myself. Man… there were a number of times – even for shoots I was asked to show some shoulders or my knee and i just walked away. When I was the first hijabi singer songwriter in my country some fashion magazines back then didn’t even want to put me on the cover.. It was unheard of- hijabi on the fashion magazine cover. Crazy right? Eventually that changed a few years after I started. Things are so different today! I’m happy to see more of my sisters out there doing their thing, and the world becoming more accepting of women like me, regardless of how we wear our scarf turban or hijab- to see our caliber, our soul, our identity. But back then- The prejudice was real. People in my field looked at me a certain way, I just had to ignore it and move forward. I literally just prayed that all will be okay & talked to my mom, and take it slowly day by day. I did my thing with the intention to make MY music, and help giving my family a better life.. What I have today is such a blessing alhamdulillah. Thank you everyone who gave me an opportunity to shine, people who wanted to work with me in music and fashion & also for being tough on me too. I needed it to strive. Here’s a throwback when @instylemagazine took a chance with this hijabi and did an 6 page fashion spread / article on me in 2016.🙏🏽❤️ If you ask me for advice- is just keep on going, and do your best without sacrificing your identity. Happy world hijab day✨ photos by @joachimmuellerruchholtz #worldhijabday

A post shared by Yuna ユナ ROUGE (@yuna) on

“Saya pernah disuruh untuk membuka hijab jika saya mahu menandatangani satu label muzik ini, saya tidak mengikutinya, saya sedar betapa pentingnya menjadi diri sendiri,” coret Yuna sebagai kapsyen.

“Kerap juga saya diminta berbuat demikian, ada juga yang menyuruh saya untuk mendedahkan bahu dan lutut, saya tidak menghiraukannya juga,” tulis Yuna lagi.

Dalam pada itu, Yuna turut mendedahkan bahawa terdapat beberapa majalah fesyen tempatan ketika itu tidak mahu meletakkan wajahnya di muka hadapan hanya kerana dirinya mengenakan hijab.

“Apabila saya mula-mula bergelar penyanyi dan penulis lagu di Malaysia, beberapa majalah fesyen ketika itu tidak mahu memilih saya sebagai wajah muka hadapan.”

“Sekarang, banyak perkara sudah berubah, saya gembira melihat wanita seperti saya di luar sana dan masyarakat dunia juga lebih menerima wanita seperti saya hari ini,” tambahnya.

Perkongsian itu berjaya mencuri perhatian warganet di mana rata-ratanya meninggalkan respons positif di ruangan komen. Semasa artikel ini ditulis, posting tersebut mencatat lebih 20,000 tanda suka.

Untuk rekod, Yuna mula aktif dalam industri hiburan tempatan sekitar tahun 2006 dan penyanyi kelahiran Kedah ini berjaya membina populariti hingga ke peringkat antarabangsa sehingga kini.

Sebelum ini, kami pernah berkongsi tentang Neelofa di mana dia juga pernah menerima nasib yang hampir sama seperti Yuna. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel penuh:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca