Disuruh Bengkokkan Badan Untuk Diperiksa, Lelaki Ini Dengan Sengaja Kentut Di Hadapan Muka Pegawai Polis

Seorang lelaki dengan sengaja melepaskan ‘bom’ di hadapan muka pegawai polis ketika dia sedang diperiksa selepas ditahan gara-gara polis terhidu bau ganja di dalam keretanya.

Menurut laporan The Sun, lelaki yang dikenali sebagai Stuart Cook itu pada mulanya berada di lokasi kemalangan di Aberdeen, Scotland sebelum anggota polis menghampiri keretanya dan terhidu bau ganja.

Cook yang berusia 28 tahun itu kemudiannya dibawa ke balai polis Kittybrewster untuk siasatan lanjut.

Sewaktu salah seorang anggota polis ingin memeriksa seluruh tubuhnya, Cook diarahkan untuk membengkokkan badannya. Ketika itu jugalah Cook dengan sengaja kentut betul-betul di hadapan muka pegawai polis sebanyak tiga kali sambil berkata, “Adakah anda suka bau itu?”

Cook yang berasal dari Stonehaven, Aberdeenshire itu akhirnya mengaku bersalah kerana memiliki ganja, berkelakuan kasar dan agresif, memaparkan bahasa badan agresif, bercakap lucah kepada anggota polis dan juga sengaja kentut ke arah polis.

Atas kesalahan itu, Cook dihukum melakukan kerja-kerja amal selama 75 jam tanpa gaji sebagai denda.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca