Disumpah Untuk ‘Hancurkan’ Sebuah Keluarga, Ini Kisah Robert The Doll

Kebanyakan daripada kita membesar dengan tanggapan bahawa anak patung ialah salah satu medium kegemaran makhluk ghaib. Pelbagai filem berjaya mencatat kutipan pecah panggung turut mengetengahkan boneka sebagai watak utama yang menggerakkan jalan cerita tersebut.

Kami akan kongsikan kisah mengenai anak patung berhantu, Robert menerusi artikel ini:

Permulaan kisah Robert

Robert Eugene Otto didakwa telah menerima boneka ini sebagai ‘hadiah’ daripada orang gaji yang pernah bekerja di rumahnya untuk menghancurkan keluarga tersebut. Ada juga teori lain yang mendakwa boneka itu merupakan hadiah daripada datuk Otto.

Apa-apa pun, Otto mempunyai hubungan yang sangat baik dengan ‘Robert’ sehingga menyarungkan anak patung itu dengan pakaiannya sendiri. Otto juga akan membawa ‘Robert’ ke mana-mana sahaja dia pergi.

Kejadian aneh

Sumber: Atlas Obscura

Semuanya berubah pada suatu hari apabila Otto terbangun daripada tidur dan mendapati ‘kawannya’ sedang duduk di hujung katil sambil merenung tepat ke arahnya.

Setiap kali kejadian aneh berlaku di rumah berkenaan, Otto akan menyalahkan ‘Robert’. Namun, adakah boneka berkenaan mampu lakukan semua ini dengan sendirinya?

Keluarga Otto tidak mempercayai dakwaan anak mereka pada mulanya sehingga mereka terdengar satu suara menyahut lelaki itu pada suatu malam. Adakah ia suara Robert?

Di manakah rumah baharu Robert?

Fort East Martello Museum
Sumber: Atlas Obscura

Robert kini menetap di Fort East Martello Museum sejak tahun 1994. Ramai pengunjung yang datang dari seluruh dunia untuk melihatnya selepas mendengar kisah anak patung berkenaan.

Sementara itu, Robert dihasilkan oleh syarikat sama yang mengeluarkan teddy bear pertama untuk memperingati mendiang Theodore Roosevelt.

Seorang sejarawan Steiff memaklumkan pihak muzium bahawa syarikat itu tidak mempunyai niat untuk menghasilkan Robert sebagai alat permainan pada mulanya. Robert sebenarnya dihasilkan untuk tujuan lain sebagai sebahagian daripada window display untuk badut.

Robert mungkin duduk di dalam almari kaca buat masa ini tetapi ia tidak pernah berhenti mengganggu kakitangan dan pengunjung muzium berkenaan.

Pada pendapat anda, siapakah yang memberikan Robert kepada Otto?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan anak patung, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca