Disoal Sama Ada Sudah Rujuk Dan Kini Berbadan Dua, Ini Jawapan Daripada Bella Astillah

Kisah hubungan antara Bella Astillah dan Aliff Aziz sekali lagi menjadi perhatian apabila baru-baru ini timbul desas-desus Bella kini sudah rujuk dan sedang berbadan dua.

Terkini, Bella menerusi akaun Instagramnya telah mengakui dirinya sedang hamil dan sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam idah.

“Alhamdullilah, masa dalam idah lagi jadi tak perlu kahwin semula. Doakan ya,” kata Bella kepada peminatnya yang bertanya tentang statusnya.

Beliau turut mengesahkan dirinya sedang berbadan dua ketika diajukan soalan tentang itu.

Pada hari Rabu yang lalu, Bella telah memberi bayangan hubungannya dengan Aliff Aziz sudah kembali rujuk menerusi temu bual bersama radio Suria FM. Di dalam segmen Suria Petang bersama dengan Tyzo dan Sharifah Shahirah, mereka bertanyakan khabar angin mengenai statusnya.

Walau bagaimanapun, penyanyi lagu Tenang Ini hanya mendiamkan diri ketika itu.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan itu kemudian telah bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff didapati berlaku curang.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Bella Astillah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca