Diskaun ‘Kaw-Kaw’, Promo #LejenSingleEleven Tawarkan 3 Buku Pada Harga RM11

Pejam celik, pejam celik, kita sudah pun menghampiri penghujung tahun 2019. Apa yang menariknya apabila menjelang hujung tahun ini sudah semestinya promosi ‘kaw-kaw’ yang menanti kita semua. Salah satu promosi yang paling dinantikan orang ramai pada setiap tahun adalah promosi 11.11.

Syarikat penerbitan unggul Malaysia iaitu Lejen Press turut tidak terlepas untuk mengadakan promosi 11.11 buat para pembaca. Disebut sebagai Promo #LejenSingleEleven, Lejen Press menawarkan diskaun yang langsung tidak masuk akal iaitu tiga buah buku pada harga RM11 sahaja.

Promo #LejenSingleEleven akan bermula pada tepat jam 12 tengah malam ini di sini. Promosi ini bakal berlangsung selama 24 jam sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan buku-buku terbitan Lejen Press pada harga ‘ranap’ ini! Hanya eksklusif di www.lejen.my/promo11.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca