Diskaun Buku Sehingga 80%, Lejen Open Day Kembali Lagi Pada 21 Disember Ini

Sebagai tanda penghargaan buat para pembaca, Lejen Open Day akan kembali lagi pada 21 Disember (Sabtu) ini bermula seawal jam 10 pagi hingga 10 malam bertempat di I Am Lejen Shop, SS15 Subang Jaya.

Lejen Open Day kali ini menawarkan pelbagai promosi menarik untuk anda semua. Berikut kami kongsikan promosi-promosi yang ada sempena Lejen Open Day pada tahun ini:

1. Lejen Happy Bag

Dengan hanya RM50, anda akan diberikan beg edisi terhad I Am Lejen dan anda boleh memasukkan kira-kira 8 sehingga 10 buah buku di atas pallet ke dalam beg tersebut. Menariknya, terdapat lebih 70 judul di atas pallet ini. Stok beg ini bagaimanapun adalah terhad. Jadi, siapa cepat dia dapat!

2. Diskaun buku sehingga 80 peratus

Bagi judul-judul terbitan Lejen Press dan penerbit lain yang berada di rak pula, diskaun antara 30 sehingga 80 peratus menanti anda semua sempena Lejen Open Day. Jangan lepaskan peluang ini kerana anda tidak akan jumpa harga serendah ini di mana-mana tempat dan hari lain!

3. Jualan penghabisan stok t-shirt

Antara promosi paling ‘gila’ sempena Lejen Open Day kali ini adalah jualan penghabisan stok t-shirt pada harga RM10 sahaja. Untuk makluman semua, pilihan saiz adalah terhad.

Jika anda ingin datang ke I Am Lejen Shop dengan menggunakan kereta, anda boleh menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps dengan carian I Am Lejen Shop. Manakala, jika anda menggunakan pengangkutan awam, anda boleh naik LRT dan turun di stesen SS15 yang hanya terletak kira-kira 50 meter sahaja dari kedai.

Lejen Open Day
Tarikh: 21 Disember 2019
Masa: 10 pagi – 10 malam
Lokasi: I Am Lejen Shop, SS15 Subang Jaya

Untuk maklumat lanjut berkenaan Lejen Open Day, anda boleh kunjungi laman Instagram, Twitter dan Facebook Lejen Press serta Instagram, Twitter dan Facebook I Am Lejen Shop.

Jumpa anda di I Am Lejen Shop Sabtu ini! Selamat melejen!

Artikel Lain Untuk Di Baca