Disifatkan Sebagai Penjenayah Paling Keji Britain, Reynhard Sinaga Kini Meringkuk Di Dalam Penjara

Disifatkan sebagai penjenayah seksual paling keji di Britain dan berkemungkinan pemangsa paling berbahaya di dunia, pelajar warga Indonesia ini kini meringkuk di dalam penjara setelah didapati bersalah melakukan 159 kesalahan seksual terhadap kaum lelaki.

Tertuduh yang merupakan pelajar falsafah kedoktoran di University of Leeds, Reynhard Sinaga, 36, dijatuhi hukuman penjara minimum 30 tahun oleh Mahkamah Manchester Crown setelah didapati bersalah memperdaya 48 lelaki untuk dijadikan mangsa nafsu songsangnya.

Menurut laporan, polis negara itu mempunyai bukti bahawa tertuduh telah menyasarkan kira-kira 190 lelaki yang tidak bersalah.

Difahamkan, tertuduh sebelum ini pernah dipenjara minimum 20 tahun atas kesalahan sama dalam dua perbicaraan yang dijalankan pada musim panas dan musim bunga pada tahun 2018

Reynhard didapati bersalah melakukan 136 jenayah pemerkosaan, lapan percubaan merogol, 14 kesalahan seksual dan satu kes cubaan melakukan hubungan intim tanpa kerelaan terhadap 48 orang lelaki.

Reynhard dikatakan akan mencari mangsanya yakni mana-mana lelaki muda yang sedang meluangkan masa di pub-pub berdekatan. Setelah berjaya mengumpan mereka untuk ke pangsapurinya yang terletak tidak jauh dari lokasi, tertuduh akan memberi mangsa minum minuman keras yang sudah dicampur dengan dadah sebelum menyerang mereka.

Tambah keji apabila Reynhard dilaporkan turut merakam segala perbuatan kejam terbabit menggunakan lensa kamera telefon bimbitnya.

Semasa sesi perbicaraan kes yang berlaku pada Isnin, Hakim Suzanne Goddard berkata Reynhard Sinaga merupakan penjenayah yang sangat bahaya.

“Dia (Reynhard Sinaga) bukan sahaja bahaya, malah dia juga merupakan seorang individu paling keji dan licik. Oleh itu, ia amatlah berbahaya sekiranya manusia sepertinya dibiarkan bebas dan hidup bersama orang lain” katanya.

Lazimnya, kesemua mangsa Reynhard akan tidak sedarkan diri setelah mereka diberikan dadah oleh tertuduh. Malah, kebanyakkan mereka tidak mampu untuk mengingati nasib yang sudah menimpa diri mereka meskipun sudah waras.

Reynhard Sinaga akhirnya diberkas polis pada Jun 2017 selepas satu laporan polis dibuat ke atasnya oleh salah seorang mangsa yang tersedar saat tertuduh sedang memperkosanya.

Tertuduh diberkas setelah pihak berkuasa berjaya menemui ratusan rakaman jenayah seksual yang dilakukannya.

Sehingga kini, Reynhard Sinaga mengaku tidak bersalah atas jenayah yang telah dilakukannya. Tertuduh hanya menegaskan bahawa hubungan intim yang berlaku antara dirinya dan mangsa-mangsanya adalah atas dasar suka sama suka.

Reynhard Sinaga dilahirkan di Jambi, Sumatra dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Dia berpindah ke Britain pada tahun 2006 setelah tamat belajar di University of Indonesia.

Untuk membaca artikel lain berkaitan jenayah kejam di dunia, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca