Diserang Sawan, Lelaki Meninggal Dunia Selepas Gaduh Dengan Abang

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50 tahun dipercayai maut diserang sawan ketika dia sedang mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh ke dalam longkang selepas bergelut dengan abangnya kerana tidak berpuas hati berkenaan pembahagian harta pusaka.

Kejadian ini berlaku di kampung Bagan Pinang, Batu 3, Jalan Pantai, Port Dickson.

Superintendan Aidi Sham Mohamed iaitu Ketua Polis Daerah Port Dickson mengatakan bahawa mangsa tidak sedarkan diri selepas dia turun ke longkang untuk mengambil telefon bimbitnya lalu segera dibawa ke hospital.

“Berdasarkan siasatan, lelaki itu ke rumah abangnya dalam keadaan marah kerana tidak berpuas hati mengenai pembahagian lot tanah pusaka yang masih dalam perbicaraan.”

“Kemudian berlaku pergelutan antara kedua-dua beradik itu di jalan utama kampung itu,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu mendapati telefon bimbitnya terjatuh ke dalam longkang berhampiran sebelum turun mengambilnya.

“Dia kemudiannya terduduk di paip berhampiran longkang dan terus tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD),”katanya.

“Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” jelasnya.

Hasil daripada pemeriksaan doktor, mangsa meninggal dunia kerana diserang sawan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca