Disebabkan Kotak Berhantu, PrinceMeed Masih Diganggu Entiti Misteri?

Topik tentang PrinceMeed di’kacau’ naik semula dalam kalangan warganet setelah kes tersebut nampaknya belum pulih lagi walaupun sudah berubat dengan perawat dari Pusat Rawatan Al Idrus.

Jika anda tidak tahu, PrinceMeed merupakan seorang YouTuber dari Malaysia dan mempunyai seramai 885,000 subscriber di salurannya iaitu PrinceMeed LIVE!. Beliau membuat pelbagai konten yang berkonsepkan paranormal dan teori konspirasi.

Baru-baru ini, YouTuber paranormal tersebut memuat naik status di Twitter yang menyatakan keadaan di rumahnya menjadi semakin teruk. Ini membuatkan topik PrinceMeed diganggu tular sekali lagi di media sosial itu.

Sumber: Twitter @PrinceMeedOnly

Isu ini sudah menjadi perbualan antara warganet. Sesetengah meninggalkan kata-kata positif kepada YouTuber itu manakala ada juga yang mengecam dan membuatnya sebagai bahan lawak.

Sumber: Twitter @SyfqZai

Gangguan misteri itu terjadi apabila beliau membuat proses unboxing sebuah bungkusan misteri yang dibeli dari luar negara pada 2019.

Kotak yang dibeli oleh PrinceMeed di eBay itu merupakan sebuah kotak penyimpanan arak dan berkait dengan cerita dongeng bangsa Yahudi. Ia dikenali sebagai Kotak Dybbuk dan sentiasa dikaitkan dengan aktiviti paranormal.

Sumber: Vocket

YouTuber terkenal itu berkongsikan pengalamannya di Youtube pada September 2019 dan telah membuang kotak tersebut di sebuah kawasan yang terletak di Karak.

Mungkin anda tertanya-tanya, kotak itu sudah dibuang, sepatutnya sudah tiada apa-apa yang boleh berlaku kan?

Malangnya beliau masih lagi menerima gangguan bermula dari pembelian kotak berkenaan sehingga ke hari ini.

PrinceMeed menceritakan bagaimana beliau melalui pengalaman diganggu entiti misteri ini pada Disember tahun lalu.

Video tersebut telah membuatkan bulu roma meremang. Tambahan pula, beliau juga mendedahkan telah berpindah rumah sebelum ini untuk mengelakkan perkara berkenaan berlaku.

Kisah PrinceMeed ini menjadi semakin hangat apabila beliau dan rumahnya yang dikatakan diganggu itu menerima rawatan secara Islam oleh sekumpulan pengamal perubatan berkenaan dan disiarkan secara langsung di Facebook.

Untuk membaca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca