Disangkakan Ubat Tahan Sakit, Wanita Ini Panik Tertelan AirPods Pro

Seorang wanita mengalami serangan panik apabila dia menelan headphone tanpa wayar yang disangkakan ubat tahan sakit tanpa sengaja.

Carli, dari Massachusetts, Amerika Syarikat, memuat naik sebuah video di TikTok yang menunjukkan dirinya sedang menangis setelah kejadian mengejutkan itu.

@iamcarliiib

For ✨educational✨ purposes heres what happened when I mixed up my #airpod and an ibuprofen. Here to share awareness #LevisMusicProject #fyp

♬ Oh No – Kreepa

“Saya termakan AirPods sebelah kiri saya,” katanya sambil menangis.

Wanita itu menjelaskan bahawa dia sedang memegang ubat sakit ibuprofen 800 di tangannya dan AirPodsnya di tangan sebelahnya.

Dia kemudiannya menelan sesuatu yang disangkakan adalah ubat tahan sakit lalu meminum air.

Tidak lama selepas itu, Carli mula menyedari bahawa dia bukan menelan ubat tahan sakit ibuprofen 800 tetapi AirPods Pro kirinya.

Dia kemudiannya cuba untuk memuntahkan semula tetapi gagal dan menyebabkan dia mula panik.

Keesokan harinya, ketika Carli ingin memutuskan sambungan AirPodsnya itu, dia menerima sebuah notifikasi daripada telefonnya yang mengatakan bahawa AirPods Pro sedang bergerak bersamanya sejak beberapa jam.

Sumber: TikTok

Carli mengunakan ciri khas daripada aplikasi Find My AirPods yang menghasilkan bunyi untuk mengesan keberadaan AirPods Pronya itu.

Dia kemudiannya dapat mendengar bunyi yang samar-samar dari dalam perutnya.

Pada 8 November, Carli telah memberitahu penontonnya bahawa dia telah berjaya mengeluarkan AirPodsnya itu daripada badannya.

Dia juga telah menjalani X-ray untuk memastikan bahawa organ dalamannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca