Disangkakan Kanser Mulut, Kanak-Kanak Ini Sebenarnya Tumbuh 526 Batang Gigi

Sepasang suami isteri dari India dilanda panik apabila anak lelaki mereka yang berusia tujuh tahun mengalami bengkak yang teruk pada mulut. Beranggapan ia merupakah kanser, pasangan tersebut bergegas membawa kanak-kanak itu ke sebuah hospital.

Hasil pemeriksaan mendedahkan Ravindranath tidak menghidap kanser mulut, tetapi bengkak pada mulut kanak-kanak itu adalah kerana dia sebenarnya mempunyai 526 batang gigi sedang tumbuh di rongganya itu.

Menurut laporan The Independent, doktor di Saveetha Dental College telah menjumpai satu struktur besar yang keras pada rahang Ravindranath. Difahamkan, objek asing itu adalah penyebab utama kepada kesakitan yang dialami Ravindranath.

Objek organik itu berjaya dikeluarkan tidak lama kemudian. Namun, kandungan di dalamnya menggemparkan semua.

Di dalam objek asing itu, doktor telah berjaya menemukan susunan gigi yang banyak. Masing-masing berukuran antara 1 milimeter sehingga 15 milimeter.

Menurut salah seorang doktor yang merawat Ravindranath, gigi-gigi tersebut semuanya berada dalam keadaan sihat.

“Kami buka kantung yang seberat 200 gram itu dan berjaya menemukan 526 batang gigi di dalamnya,” ujar Profesor P. Senthilnathan.

Ternyata, ini bukanlah kali pertama Ravindranath dikejarkan ke hospital akibat masalah bengkak di rahangnya.

Ketika berusia tiga tahun, ibu bapa Ravindranath pernah membawanya ke hospital. Namun, kanak-kanak itu enggan memberikan kerjasama yang baik menyebabkan keluarga itu pulang tanpa sebarang diagnosis.

Artikel Lain Untuk Di Baca