Seorang lelaki yang berasal dari China telah memuat naik satu gambar di mana dia sedang posing di depan cermin atau kita selalu sebut sebagai mirror selfie. Namun begitu, foto berkenaan telah mengundang ‘bahaya’ kepada pengguna media sosial.
Rata-rata yang melihat gambar yang dimuat naik di laman sosial paling popular di China iaitu Weibo itu ketakutan kerana ia kelihatan seolah-olah lelaki itu tidak mempunyai wajah.
Motif lelaki itu memuat naik gambar tersebut adalah kerana dia ingin meminta pandangan orang ramai untuk menilai gaya rambut barunya. Lain pula yang jadi apabila majoriti yang melihat gambar itu seram sejuk.
Ramai yang menyangka bahawa lelaki itu mungkin terlibat dalam kemalangan sebelum ini dan mengalami kecederaan yang teruk sehingga menjadikan mukanya itu cacat. Namun, tekaan warganet itu adalah tidak tepat sama sekali.
Sebenarnya, lelaki berkenaan bukanlah hantu atau mengalami apa-apa kecacatan. Dia cuma memiliki dahi yang luas. Tambah pula dia mengambil gambar berkenaan sambil menundukkan wajahnya. Sedar tak sedar, cuma bahagian dahinya sahaja yang kelihatan. Cara dia posing dalam gambar tersebut membuatkan kening, mata dan hidungnya ‘hilang’.