Baru-baru ini berita tentang roti gardenia yang terdapat najis tikus menjadi tular di media sosial dan menggemparkan warganet.
Seorang suri rumah terkejut apabila mendapati butir-butir yang disangkakan coklat pada kepingan roti Gardenia sebenarnya merupakan najis tikus.
Wanita itu berasa amat ngeri, loya dan sakit hati kerana dari dulu dia dan keluarga amat menyukai produk roti tersebut.
Perkongsian wanita ini di laman Facebokk telah mendapat pelbagai reaksi warganet. Rata-rata berasa amat terkejut dan turut berkongsi pengalaman menggelikan mereka apabila menjumpai ulat di dalam roti selama menjadi pelanggan setia produk roti Gardenia.
Roti Gardenia sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia kerena menjadi pilihan atau santapan ruji mereka dari dulu. Perkongsian terbabit telah mencetuskan rasa kesal dan ketidakpercayaan mereka terhadap syarikat produk roti tersebut.
Menerusi akaun rasmi Facebook Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, dalam satu pernyataan rasminya hari ini menjelaskan bahawa roti Gardenia tersebut bukanlah dari Gardenia KL. Gardenia yang terdapat di Sabah, Sarawak dan Brunei tiada kaitan antara satu sama lain. Malah pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi sangat berlainan.
“Kami mengesahkan bahawa produk di dalam gambar tersebut bukan milik Gardenia KL. Terdapat perbezaan yang tersendiri di pembungkusan yang digunakan oleh Gardenia KL dan pembungkusan seperti gambar yang dikatakan mempunyai najis tikus,”.
“Gardenia KL hanya mempunyai lesen untuk mengeluarkan dan mengedarkan produk-produknya di Semenanjung Malaysia sahaja,” petikan dari pernyataan rasmi syarikat tersebut.
Gardenia KL memberikan jaminan bahawa produk mereka adalah produk roti yang berkualiti dan segar agar pelanggan setia di Semenanjung Malaysia dapat menikmati roti Gardenia setiap hari dengan baik. Mereka juga sangat mengambil berat dan sangat serius terhadap tahap kebersihan yang maksimum di kilang Gardenia KL.
Syarikat itu juga menyarankan kepada pelanggan mereka untuk menyebarkan notis pemakluman tersebut kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain di akhir kenyataan rasmi tersebut.