Disangkakan Burung Eksotik Rupanya Burung Camar ‘Berkunyit’

Seekor burung dengan bulu berwarna oren terang telah diselamatkan oleh petugas hospital hidupan liar selepas orang ramai melihatnya berada di tepi sebuah lebuh raya Britain.

Menerusi laporan media luar, penyelamat itu tidak pasti apakah yang berlaku kepada burung yang pada awalnya disangkakan spesis burung eksotik kerana warnanya itu.

Bagaimanapun, pihak pengurusan hospital di Buckinghamshire, England berkata burung eksotik itu sebenarnya burung camar biasa yang seluruh badannya dilitupi oleh serbuk kunyit ataupun kari.

Oleh sebab itu, burung tersebut tidak boleh terbang, namun tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak hospital sendiri tidak pasti bagaimana Vinny diselaputi kunyit sampai begitu sekali.

“Mungkin Vinny terjatuh ke dalam kari atau serbuk kunyit”, kata salah seorang pekerja di hospital tersebut.

Selepas dibersihkan bulu Vinny bertukar menjadi putih sama seperti burung camar yang ada dan ia akan dibiarkan terbang bebas tidak lama lagi.

Kejadian sebegini bukan pertama kali melibatkan burung camar. Pada tahun 2016, seekor burung camar terjatuh ke dalam tong berisi hidangan kari tikka masala ayam ketika cuba memakan makanan tersebut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca