Disangka Pokok Kayu, Wanita Ini Terkejut Temui ‘Burung Hantu’ Mengilai

disangka-pokok-kayu-wanita-ini-terkejut-temui-burung-hantu-mengilai

Mungkin ada di antara kita mengatakan burung hantu menyeramkan, malah ada juga berpendapat ia kelihatan comel seperti burung-burung yang lain.

Burung hantu seringkali dikaitkan dengan pelbagai kisah dongeng. Selain itu, ada juga mitos yang mengaitkan kemunculan burung hantu dengan kematian atau kemalangan dalam masyarakat dunia hingga kini.

Namun begitu, di beberapa tempat lain burung hantu dianggap pembawa untung atau nasib baik.

Seorang wanita sedang berjalan-jalan di sebuah ladang ternampak satu ‘pokok’ yang agak unik dan kelihatan sedikit ganjil.

Wanita terbabit terkejut besar apabila mendapati ianya bukan pokok kayu tetapi seekor burung yang agak menyeramkan, ketika dia cuba menghampiri dan melihat dengan lebih dekat.

Difahamkan, burung yang ditemuinya itu merupakan burung potoo atau lebih dikenali sebagai urutaú.

Burung potoo membawa maksud ‘burung hantu’ dan ia merupakan sejenis burung biasa ditemui di habitat haiwan yang terdapat di Amerika Tengah serta Amerika Selatan.

Menurut wanita itu, pada mulanya dia menyangka burung itu adalah batang kayu, namun tiba-tiba ia membuka mata serta mulutnya dengan besar sehingga mengeluarkan bunyi yang menyeramkan hingga membuatkan dia terkejut besar.

Burung itu kelihatan langsung tidak bergerak sehingga dia betul-betul berada dekat dengannya, tambahnya lagi.

Wanita terbabit kemudiannya berundur untuk menjauhhkan diri dari burung tersebut, dan sempat mengambil gambar serta video burung potoo itu.

Sumber: Twitter (@Raymond_LLM)

Dilaporkan, burung spesis itu tidak pernah dilihat di situ selama 15 tahun lamanya, menurut jiran wanita berkenaan.

Ketika burung potoo itu membuka mulutnya dengan besar, bunyi yang dikeluarkan seakan bunyi manusia mengilai dan boleh membuatkan bulu roma kita meremang saat mendengarnya, lebih-lebih lagi jika dengar pada waktu malam.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca