Disangka Mempunyai Kecederaan Otak, Anjing Ini Sering Menekan Hidung Rupanya Ingin Perhatian

Seekor anjing bernama Leo dibawa ke doktor haiwan oleh pemiliknya iaitu Christine Holierhoek selepas menyedari Leo sering menekan hidungnya pada permukaan rata.

Christine mengambil keputusan untuk membawa Leo ke klinik haiwan selepas membaca beberapa artikel mengenai perbuatan anjingnya itu kemungkinan daripada tanda mempunyai kecederaan terhadap otak.

Hal ini membuatkan Christine berasa bimbang terhadap anjingnya itu.

Christine menghabiskan ratusan dolar tetapi hanya mendapati anjingnya tidak mengalami sebarang kecederaan otak.

Sebaliknya perbuatan Leo itu sekadar inginkan perhatian daripada Christine dan pasangannya.

@thedognamed.leo

Reply to @graemestevens772 The Snoot Boop against the windows is Leo’s signature 🤣 #dog #fundog #cutedog #comedy #doggo

♬ Soul Bossa Nova – Quincy Delight Jones Jr. & His Orchestra

Christine merasakan perkara itu sangat lucu tetapi bersyukur kerana anjingnya, Leo tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Sementara itu, Christine mendedahkan dia mengambil Leo dari sebuah ladang di Netherlands.

Christine melalui masa yang sukar sebelum ini tetapi selepas bertemu dengan Leo, hidupnya bahagia semula.

Christine berkata, “Saya pada waktu itu berada di tahap paling rendah dalam hidup saya dan apabila saya melihat di bangsal terdapat seekor anak anjing bermata biru memandang saya lalu melompat ke arah saya.”

Christine menambah lagi, “Disebabkan kejadian itu telah membuatkan saya terus membawa pulang Leo.”

Selepas Christine berkongsi video Leo yang sering menekan hidungnya di permukaan rata membuatkan akaun TikTok Leo berkembang dan kini mempunyai pengikut sebanyak 473.3 ribu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca