Disangka Jelmaan Mendiang Suami, Wanita Ini Kahwin Dengan Lembu

Seorang wanita di Kemboja yang berumur 74 tahun dilaporkan telah berkahwin dengan seekor lembu setelah mendakwa haiwan itu merupakan jelmaan mendiang suaminya.

Khim Hang yang berasal dari wilayah Kratie itu berkata, dia berkahwin dengan lembu berkenaan selepas mendapati bahawa haiwan tersebut mempunyai perwatakan yang sama seperti mendiang suaminya, Tol Khut.

Wanita itu mempercayai bahawa lembu tersebut merupakan jelmaan suaminya kerana apa sahaja yang dilakukannya adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh suaminya ketika masih hidup.

Lembu itu dipercayai telah mencium Hang dan naik ke biliknya, sama seperti mendiang suaminya lakukan.

Hang turut berkata bahawa dia dapat merasakan roh suaminya apabila dia berada bersama lembu itu.

Oleh yang demikian, dia berasa cukup yakin bahawa suaminya telah dilahirkan semula sebagai lembu.

Sebuah video yang menunjukkan Hang hidup bersama dengan lembu itu telah tular di laman media sosial.

Upacara perkahwinan Hang tidak dipaparkan dalam klip video tersebut tetapi kebanyakan penduduk kampung telah mendakwa bahawa majlis itu telah berlangsung.

Dalam video berkenaan, Hang kelihatan sedang membawa lembu tersebut naik ke tingkat atas rumahnya.

Dia kemudiannya memandikan lembu itu dan membenarkannya untuk duduk di atas tilam yang pernah digunakan oleh mendiang suaminya.

Dalam pada itu, anak lelaki Hang turut berkata bahawa dia mempercayai kata-kata ibunya kerana dia juga dapat merasakan roh bapanya dalam haiwan itu.

Mereka juga memberitahu bahawa akan sentiasa menjaga lembu itu agar tidak berkeliaran jauh dari rumah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca