Disangka Duit Syiling Kuno, Petani Ini Terkejut Temui Seekor Labah-Labah

disangka-duit-syiling-kuno-petani-ini-terkejut-temui-seekor-labah-labah

Seorang petani sedang bekerja di Zhejiang, China telah menemui satu objek pelik yang seakan-akan duit syiling zaman kuno atau artifak kuno.

Menurut laporan Nangtime, petani itu kelihatan berdebar-debar apabila ternampak objek tersebut. Dalam masa yang sama, dia berfikir kemungkinan besar telah menemui harta karun.

Pada bahagian kepala yang mempunyai garisan itu sangat halus dan seakan-sakan seperti artifak kuno, namun objek berkenaan bukanlah harta karun.

Petani itu berasa curiga lalu cuba untuk mencungkil benda tersebut keluar daripada tanah.

Sebaik sahaja berjaya dikeluarkan, petani itu terperanjat besar. Rupa-rupanya, ia bukanlah duit syiling kuno atau harta karun tetapi seekor labah-labah besar.

Labah-labah tersebut merupakan salah satu spesies yang sangat jarang ditemui dan lebih dikenali sebagai “ravine trapdoor spider” (Cyclocosmia ricketti).

Sumber: Spider Identifications

Walaupun labah-labah itu kelihatan agak garang dan menggerunkan tetapi racunnya tidak membawa maut kepada manusia.

Ciri-ciri yang paling menonjol pada labah-labah “ravine trapdoor spider” adalah bahagian punggungnya yang besar. Jika dilihat sepintas lalu, labah-labah ini kelihatan seperti objek hemisfera dan sama seperti cop rasmi atau duit syiling kuno.

Untuk pengetahuan, fungsi punggung labah-labah ini adalah untuk kegunaan perisai dirinya.

Jika ada musuh atau hidupan lain datang mendekati, labah-labah ini akan masuk ke dalam lubang tanah dan meninggalkan punggung besarnya itu di luar sekaligus menutup pintu lubang tersebut.

Lebih menarik lagi, ia juga boleh menghentikan sengatan lebah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca