Disahkan Telah Meninggal Dunia, Wanita Ini Tiba-Tiba Bangun Semula Sebelum Dikebumikan

Seluruh penduduk di sebuah perkampungan dekat India digemparkan dengan berita seorang wanita yang telah pun diisytiharkan mati secara klinikal tiba-tiba bangun semula sebelum majlis pengebumiannya dijalankan.

Dalam insiden berkenaan, wanita yang dikenali sebagai Malati Chougale itu pada mulanya dikejarkan ke sebuah hospital swasta oleh saudara-maranya selepas dia tidak sedarkan diri kerana dipercayai mengalami demam panas.

Sebaik sahaja tiba di hospital terbabit, doktor dan kakitangan yang bertugas bertungkus-lumus cuba untuk menyedarkan semula wanita berusia 55 tahun itu namun usaha tersebut gagal lalu dia diisytiharkan meninggal dunia.

Tidak lama kemudian, pihak hospital meminta waris untuk membawa pulang ‘mayat’ wanita tersebut ke rumah untuk proses pengebumian.

“Ketika sanak saudara memberikan penghormatan terakhir, wanita tersebut tiba-tiba terjaga sehingga membuatkan hadirin terkejut,” cerita seorang penduduk kampung.

Susulan itu, keluarga wanita itu bercadang untuk menyaman hospital berkenaan atas dakwaan cuai.

Memetik laporan Astro Awani, jurucakap hospital terbabit bagaimanapun menafikan dakwaan keluarga wanita tersebut.

“Dia sebenarnya dibenarkan meninggalkan hospital atas permintaan keluarga kerana mahu menghantarnya ke hospital lain,” kata jurucakap hospital berkenaan.

“Kami tidak pernah mengisytiharkan kematiannya.

“Jadi, dakwaan petugas kami cuai amat mengecewakan,” katanya lagi.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan artikel berkenaan coretan pertama seorang wanita sebaik sahaja dia hidup semula selepas disahkan meninggal dunia oleh doktor. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk baca kisah tersebut:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca