Disahkan Positif Sejak November 2019, China Berjaya Kesan Individu Pertama Dijangkiti COVID-19 Di Dunia

Wabak Koronavirus baharu (COVID-19) kini semakin menular ke serata dunia sehingga mengakibatkan beberapa negara seperti Itali untuk mengisytiharkan lockdown.

Situasi di Malaysia juga tidak berada pada tahap membimbangkan kerana sudah mencatat jumlah 428 kes positif COVID-19. Angka itu merupakan yang paling tinggi di Asia Tenggara.

Dikala dunia sedang sibuk mencari penawar buat wabak ini, ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya manusia pertama yang dijangkiti virus berbahaya yang sudah mengorbankan ribuan orang itu.

Menurut laporan, data kerajaan China akhirnya telah berjaya mengesan oran pertama di dunia yang dijangkiti COVID-19. Lebih mengejutkan apabila individu terbabit sebenarnya sudah disahkan positif semenjak November 2019 lagi.

Individu pertama yang dijangkiti virus ini dikatakan adalah seorang warga emas berusia 55 tahun dan berasal dari wilayah Hubei, China yakni pusat bermulanya wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, pihak media tempatan tidak mendedahkan nama serta identiti individu berkenaan.

Buat pengetahuan, wabak COVID-19 ini hanya disedari oleh beberapa orang doktor di China pada akhir Disember tahun lalu. Namun begitu, ia bukanlah suatu penemuan yang konklusif kerana wabak ini sudah dikesan terlebih awal.

Apa-apa pun, diharapkan dengan penemuan ini, pihak penyelidik dapat menentukan skala sebenar tahap bahaya COVID-19 dan berkemungkinan mampu untuk mencari penawarnya.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca