Dirompak Ketika Sedang Berasmara, Pasangan Ini Akhirnya Temui Ajal Setelah Ditanam Hidup-Hidup

Malang bagi pasangan kekasih apabila saat mereka bersama seperti yang biasa dilakukan berakhir dengan tragedi. Sepasang kekasih dijumpai mati ditanam secara hidup-hidup di sebuah kawasan hutan di Gutyrivka, Ukraine.

Yury Beznischenko, 44, dan teman wanitanya Alla Vitryak, 40, dikatakan sering memandu dan memberhentikan kereta di tengah hutan terbabit untuk berhubungan seks.

Tetapi, pada hari kejadian Jun 2016 dua individu telah memerhatikan mereka sebelum menyerang pasangan itu.

Gennady Andreev, 39, bersama rakan komplotnya Ruslan Klemenchuk, 36, telah menyerbu kereta SUV Volkswagen pasangan itu ketika mereka sedang melakukan hubungan seks.

Andreev dan Klenmenchuk bagaimanapun tidak menghiraukan mereka dan terus menanam pasangan itu hidup-hidup sebelum melarikan diri dengan menggunakan SUV terbabit.

Menurut polis, “Andreev dan Klenmenchuk tembak dan tanam mereka. Mangsa ketika itu masih hidup. Lelaki dan wanita mati tertimbus dalam keadaan berpegangan tangan.”

Andreev kemudian menyorokkan Volkswagen Touareg di sebuh garaj namun terbongkar setahun selepas kejadian. Pada 2017, dia mencuba untuk jual beberapa bahagian kereta itu di internet dan ketika itu pihak polis menangkapnya.

Polis menemui kereta itu yang telah dibuka beberapa bahagian dan sepucuk pistol digunakan untuk menembak pasangan berkenaan.

Kemudian, mereka menunjukkan pada polis tempat mangsa ditanam dan selepas lima jam menggali barulah pasangan itu dijumpai.

Selepas dibicarakan, akhirnya 2 Disember baru-baru ini mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Gennady Andreev dan 12 tahun penjara untuk Ruslan Klenmenchuk.

Harap perkara ini tidak akan berlaku.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca