Diri Disahkan Hamil, Wanita Ini Saman ‘Mat Delivery’ Kerana Lambat Hantar Kondom

Seorang wanita menyalahkan ‘Mat Delivery’ atas kehamilannya kerana budak penghantar itu terlewat lapan minit bagi menghantar kondom yang dipesannya dalam talian.

Dia mendakwa kelewatan penghantaran itu menyebabkan dirinya terpaksa melakukan hubungan seksual bersama dengan teman lelakinya di kediamannya dekat Suzhou, China tanpa menggunakan kondom pada bulan lepas.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Su itu pada mulanya cuma menonton filem dengan teman lelakinya. Memandangkan hari sudah lewat, dia biarkan sahaja lelaki itu bermalam di kediamannya.

Mereka kemudiannya ingin melakukan hubungan seks sebelum tidur. Su yang menyedari bahawa tiada satu pun kondom di rumahnya terus membuat pesanan menerusi khidmat penghantaran dan mengarahkan supaya ia dihantar terus ke rumahnya.

Menurutnya, aplikasi yang digunakan bagi memesan kondom itu menunjukkan pesanan mengambil masa 20 minit untuk tiba. Sementara menunggu kondom itu sampai, dia memutuskan untuk mandi terlebih dahulu.

Sebaik sahaja selesai mandi, aplikasi itu menyatakan bahawa pesanan yang dibuatnya terpaksa ditangguhkan kerana keadaan cuaca yang tidak begitu elok.

Menurut laporan China Press, Su dan pasangannya tidak dapat bersabar lagi lalu terus melakukan hubungan seks tanpa menghiraukan ketiadaan kondom.

Kira-kira 28 minit kemudian, budak penghantar pun tiba di hadapan rumahnya bersama dengan kondom yang dipesan tadi. Mereka bagaimanapun sudah selesai berasmara.

Sebulan kemudian, Su mendapat tahu yang perutnya kini ada ‘isi’. Sebaik sahaja mendapat tahu yang dirinya hamil, dia terus teringat satu-satunya waktu yang mereka melakukan seks tanpa menggunakan kondom adalah pada bulan lepas.

Oleh sebab itu, Su telah memfailkan saman sebanyak 30,000 Yuan iaitu kira-kira RM17,600 terhadap budak penghantar itu bagi menampung segala kos kehamilan termasuklah perbelanjaan perubatan.

Walau bagaimanapun, budak penghantar berkenaan enggan membayar satu sen pun memandangkan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya langsung tidak masuk akal.

“Saya tak mahu berurusan dengannya,” kata budak penghantar itu.

Pada pendapat anda semua, siapa yang bersalah dalam hal ini? Kalau tanya penulis, wanita itu sendiri yang tidak sabar-sabar sampai tidak boleh tunggu kondom yang dipesan sampai terlebih dahulu. Sendiri buat, sendiri yang tanggung!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca