‘Directed By Robert B.Weide’, Video Meme Yang Kini Tular Di Media Sosial

Sejak kebelakangan ini telah muncul satu trend dalam kalangan pengguna media sosial di mana mereka memuat naik potongan video yang lucu.

Video tersebut yang diakhiri dengan end credit nama pengarah ‘Directed by Robert B. Weide’ itu menunjukkan kejadian yang kurang bernasib baik terhadap individu yang terlibat.

Trend ini semakin popular dalam kalangan pengguna media sosial di Asia Tenggara lebih-lebih lagi di Malaysia dan Indonesia.

Ini kerana persamaan bahasa yang membolehkan orang ramai memahami cerita yang terjadi di dalam potongan video tersebut.

Berikut merupakan contoh meme yang kini tular di media sosial.

Namun begitu, pemilik sebenar nama Robert B. Weide telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya tidak terlibat sama sekali dengan video meme yang tular itu.

Posting yang telah dimuat naik pada September tahun lalu menjelaskan bahawa meme tersebut dianggap sebagai penghargaan untuk siri komedi yang terkenal iaitu Curb Your Enthusiasm di bawah arahan Robert B. Weide sekitar tahun 2000.

Robert juga pernah memuat naik status penjelasan di mana beliau menegaskan bahawa kesemua meme yang ada di dalam media sosial itu tiada kaitan dengannya.

Menurutnya lagi, masih ramai pengikut yang mengikutinya di media sosial walaupun status tersebut sebelum ini telah di ‘pinned’ di laman Twitter.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca