Dipuji Majikan Kerana Kerja 12 Jam Sehari Selama Sebulan, Lelaki Ini Dipanggil Pengkhianat

Seorang lelaki di China mendapat kritikan di media sosial apabila gambarnya sebagai ‘pekerja contoh’ yang sanggup bekerja 12 jam sehari mula tular.

Pekerja itu, Xue Lintao, pada mulanya dipuji oleh majikannya selepas sanggup bekerja lebih masa.

Sehubungan dengan hal itu, syarikat terbabit memutuskan untuk membuat satu papan iklan memaparkan Xue Lintao dan memuji pekerja itu kerana bekerja 12 jam sehari selama sebulan tanpa mengambil cuti rehat.

Namun, tindakan syarikat itu menjadikan Xue sebagai ‘pekerja contoh’ bagi kakitangan baharu dan lama telah mengundang kritikan di media sosial.

Papan iklan yang memaparkan Xue Lintao sebagai ‘pekerja contoh’

Kebanyakan pengguna media sosial China menyifatkan Xue sebagai ‘pengkhianat’ dan ‘bersubahat dalam bekerja lebih masa’. Ada satu komen berkata, “Berapa banyak nyawa yang kamu nak lihat melayang sebab terlebih kerja.”

Namun terang Xue dalam laporan Oddity Central, tiada mana-mana pihak yang memaksanya untuk bekerja selama 12 jam sehari.

Lintao menafikan dakwaan kononnya majikan dia mengeksploitasi dirinya. Dia sendiri mengaku bahawa dia membuat kerja lebih masa itu secara sukarela kerana gajinya dikira mengikut jumlah jam bekerja.

“Jadi, jika Lintao mahu mendapat gaji banyak maka dia perlu bekerja lebih masa,” jelas laporan itu.

Menurut Lintao, dia tidak perlu berada di tempat kerja sepanjang masa malah kerjanya juga tidak terlalu sukar.

Tambahnya lagi, majikannya juga membenarkannya mengambil cuti rehat sekiranya perlu dan dia layak untuk mendapat cuti bergaji selama seminggu bagi setiap suku tahun. 

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca