Dipersenda Minta Sunting Gambar Secara Percuma, Ini Penjelasan Daiyan Trisha

Siapa sangka niat penyanyi dan pelakon meningkat naik Daiyan Trisha yang cuba untuk berinteraksi dengan peminatnya di Twitter baru-baru ini mencetuskan sedikit salah faham?

Daiyan dikatakan cuba mengambil kesempatan terhadap para peminat menerusi satu ciapan yang dimuat naik olehnya pada hujung minggu lalu.

Untuk dijadikan cerita, dia membekalkan sekeping gambar dirinya bersama pintu dan meminta para peminat menyunting gambar tersebut untuk menjadi seperti poster filem Parasite. Selain itu, dia turut meminta peminatnya memasukkan tajuk lagu terbaharunya bersama poster tersebut.

Daiyan berkata menerusi ciapan berkenaan, “Bolehkah anda semua menukar gambar ini menjadi seperti poster Parasite tetapi meletakkan tajuk itu sebagai On My Way?”

Walau bagaimanapun, niat penyanyi itu untuk berinteraksi bersama para peminatnya itu sebaliknya disalah tafsir oleh segelintir warganet yang menggesa Daiyan mengupah designer sendiri untuk tujuan berkenaan.

Selepas menyedari inisiatif untuk berinteraksi bersama peminat mula disalah tafsir sesetengah pihak, Daiyan tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan.

“Saya mempunyai rekaan poster dan ini adalah hasil kerja yang telah dibayar untuk lagu ini. Saya sentiasa membayar pekerja kreatif dan ini adalah satu tuduhan yang sangat menyakitkan.

Saya cuma mahu berinteraksi bersama para pengikut. Tolonglah, anda kadang-kadang boleh juga menjadi seorang yang melebih-lebih,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata warganet menunjukkan reaksi positif terhadap penjelasan Daiyan:

Apa-apa pun, semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan penghasilan kerja kreatif, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca