Diperli Bayar Zakat Lebih RM50,000, Amil Cerita Sisi Sebenar Aliff Syukri

Usahawan kosmetik terkenal Aliff Syukri sering kali berjaya mencuri tumpuan rakyat Malaysia tidak kira apa jua yang dilakukannya terutama di ruangan media sosial.

Terbaru, hantaran yang dibuat di Instagramnya mengenai pembayaran zakat beberapa hari lalu turut menjadi bualan hangat warganet.

Walaupun ianya dilihat sebagai perkongsian yang menceritakan bagaimana perniagaan beliau masih mampu bertahan dengan situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini, namun hantaran tersebut masih disalah tafsir oleh segelintir masyarakat.

Walau bagaimanapun, seorang amil zakat tampil menceritakan kisah sebenar mengenai Aliff Syukri dan kisah bayaran zakatnya di laman sosial Twitter.

Menurut Faisal Rahim, Aliff Syukri memang diketahui sebagai seorang usahawan yang tidak pernah terlepas membayar zakat setiap bulan sebelum ini.

“Satu perkara yang aku puji Aliff Syukri ini, beliau konsisten bayar zakat dari perniagaan beliau kecil sampai tahap sekarang.

“Malah dari usia beliau belasan tahun sudah bayar zakat perniagaan. Itu sisi lain yang ramai orang tidak nampak. Mungkin ia satu sebab maju bisnesnya,” kongsi amil tersebut.

Menjelaskan mengenai tindakan Aliff yang dilihat seperti menunjuk-nunjuk bayaran zakat yang telah dibuat, beliau berkata zakat memang tersenarai sebagai ibadah yang dibenarkan untuk dihebahkan.

Perkara ini menurutnya akan menggalakkan orang lain untuk mencontohi dan menimbulkan keinginan membayar zakat.

Untuk membaca artikel lain berkenaan Datuk Aliff Syukri, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca