Bila sudah berada di puncak, sudah pasti ada saja cubaan yang datang untuk menguji kekuatan dan kematangan sebenar seseorang.
Penyanyi Naim Daniel yang baru sahaja memenagi Anugerah Juara Lagu dua hari lepas, dia diuji dengan komen berbentuk cacian yang diberikan artis kontroversi Azwan Ali di laman Twitter.

Menurut perkongsian yang dibuat di akaun @DivaAATersohor, Azwan berkata dia tidak mengenali siapa Naim Daniel yang baru sahaja memenangi anugerah berprestij muzik negara itu.
Bagaimanapun, Naim dengan statusnya bergelar sebagai salah seorang pemenang AJL dan kini boleh berada sebaris dengan artis-artis ternama tidak mudah melatah dengan komen tersebut.
Sebaliknya, dia mengulang kicau kembali Tweet tersebut dengan memberikan salam sebagai tanda hormat dan membuat kenyataan yang mungkin mengejutkan ramai orang.
Salam Uncle Azwan, sayalah "JADAH" yang support Uncle Azwan ketika PRU 14 pada tahun sudah. Saya sedar masih banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dalam industri ini. Semoga Uncle Azwan dipeluk cinta Allah sentiasa. Aamiin. https://t.co/jPdrHyB9ms pic.twitter.com/JVRexaefno
— Naim Daniel (@naimdanielx) February 10, 2020
Jika anda tidak mengikuti Naim di Instagram sebelum ini, mungkin anda tidak tahu bahawa dia adalah salah seorang yang menyokong keputusan Azwan Ali bertanding di Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
Dalam kiriman asalnya di Instagram sebelum ini, Naim bertindak mengambil pendirian yang berbeza dalam isu tersebut apabila memuji semangat dan disiplin ditunjukkan Azwan ketika itu.
Walaupun terdapat layanan berbeza dari Azwan selepas memenangi AJL, Naim dilihat tenang dalam isu tersebut dan masih menghormati Azwan sebagai orang lama dalam industri hiburan tanah air.
Malah, di akhir ciapannya, dia sempat berdoa buat Azwan agar ‘dipeluk cinta Allah sentiasa, Amin’ dan respon balasnya itu juga mendapat pujian daripada warganet di Twitter.
It’s okay naim, we could see from here , maturity is not based on the age.
— imfuckingidiot (@imfuckingidiot1) February 10, 2020
Woww.. Bagus naim. Nampak siapa yang matang kat sini.
— Alang (@alangawak) February 10, 2020
Biar la dia nak cakpa apa pun, kami nampak siapa menang 😃
Salam Uncle Azwan, sayalah "JADAH" yang support Uncle Azwan ketika PRU 14 pada tahun sudah. Saya sedar masih banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dalam industri ini. Semoga Uncle Azwan dipeluk cinta Allah sentiasa. Aamiin. https://t.co/jPdrHyB9ms pic.twitter.com/JVRexaefno
— Naim Daniel (@naimdanielx) February 10, 2020
Untuk baca artikel selebriti tempatan, sila klik pautan dibawah: